Wednesday, October 10

PinjamMeminjams(edited)

this gonna be a personal post
haha macam intro maznah pulak

pinjam macam besa,bukan takat pasai duit ja
pinjam barang
pinjam orang
pinjam hati
pinjam...

haha dok kalut pi tang lain, aku lupa dah nakkata apa
just dont wanna let this  feeling buried inside
here goes the story...

Dia buntu. Namun masih tegar dia percaya bahawa pasti ada sinar dalam zulmat suasana. Kiri kanan seluar diseluk sambil dia bayang dua puluh keping not kertas lima puluh Ringgit Malaysia sekurang-kurangnya wujud.

Perjalanan yang harus ditempuh masih jauh amat. Dia semakin runsing akan mana dan apakah sumber yang dapat dijejaki demi kelangsungan nyawa. Nyawa dia sekurang-kurangnya, jua mereka yang dikasihi nun jauh di desa. 

Cuba digadai harta. Malah anasir syaitan jua mula merasuk supaya diri diperdagang keluarga diperhamba maruah jua diketepi sahaja. Mujur pada Tuhan dia kembali demi menagih secebis rasa dan Tuhan Maha Kuasa menganugerahkannya sepenuh rahmat  dan resolusi buat apa yang tercatuk diminda. Sungguh, KAU wahai masalah mengganggu gugat rasa dan tiap nafas dia. Acapkali kau mampir wahai gundah gulana! 

13 hamba Tuhan dia cuba bertanya demi PINJAMAN sementara dan kelangsungan nyawa. Sungguh, bagai jatuh dan hina amat rasanya tatkala dia menerangkan duduk perkara sebenar akan masalah dan puncanya. 5 lagi hamba Tuhan pula, sekadar menghabiskan kredit yang tersisa! Dia faham itu adalah lumrah, lantas dia telan sahaja pahitnya usaha demi kesenangan kelak. Dia faham dan berterima kasih jua akan mereka yang bertanya atas dasar cuba menolong dan simpati.NAMUN TOLONG, DIA JUA MANUSIA BIASA YANG MUNGKIN SESETENGAH DARIPADA YANG DIA POHON AKAN PERTOLONGAN KENAL SEDARI ZAMAN JAHILIAH DAN MUDAHNYA KAU PESIMIS AKAN DIA! Jangan juga tinggalkan dia sewenangnya tatkala masih dia cuba membina hidup di atas landasanNya. Andai tidak mampu kau tolong, katakan sahaja.Jangan dibiar dia yang masih bertatih tertanya-tanya, jangan kau tambah lagi gundah dan resah dia dalam menjalani hidup dan menuntut ilmu Tuham dan dunia.

Cukuplah dia diperlekeh. Cukuplah dia diperguna tatkala mereka tersungkur jatuh. Tidak mereka menoleh walau sedikit tatkala dia menadah minta simpati. Tuhan permudahkan jalan buat dia dalam membayar kembali segala pinjaman mereka, demi meraih sebenar-benar percaya mereka yang berjasa


"aku nak tengok kau habis study dengan berjaya je weh"
              "lek r weh.aku paham.aku pun pernah susah.kau ada aku"

haha aku konpem kalo aku baca balikpun aku xbapa phm. puiii puaih aku putaq belit ayat. ada ka maznah kata aku cakap bahsa hang tuah! ahaha. haha lega dah.

sabar, sesungguhnya separoh dpd iman

"ان مع العسري يسرئ"
verily, each after difficulty there's a relief  :D

this post is personally for em!
specially dedicated to Nor Bishah Hassan, Siti Fairuz Rusli , Nur 'Ain Ibrahim,  & Siti Maznah Sakdi(owe u much n luv u more sayangs!)

0 comments:

Post a Comment

gOogeling!

Dearest Ammar,Adam,Nisa'

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

dewasalah sebagai anak dan insan solehah,sayang :D

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers